SHAH ALAM – Seramai 124 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah gudang penyimpanan barangan milik sebuah pasaraya terkenal di Bukit Beruntung, Rawang dekat sini semalam. Serbuan oleh sepasukan 16 anggota dan pegawai daripada Jabatan Imigresen Selangor itu bermula kira-kira pukul 2.30 petang. Pengarahnya, Mohamad Shukri Nawi berkata, serbuan tersebut dilakukan selepas pihaknya melakukan risikan selama hampir satu minggu serta daripada maklumat awam. “Dalam operasi…










