QUITO, ECUADOR 5 Okt. – Sejumlah 123 anak penyu gergasi dilaporkan hilang dari pusat ternakan di Kepulauan Galapagos. Perkara itu disahkan oleh Washington Paredes, seorang ahli Parlimen di kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik itu. “Kesemua anak penyu gergasi itu hilang serentak, jumlahnya 123 ekor. Ini satu rompakan,” tegasnya. Jelas beliau, kehilangan anak penyu gergasi itu disedari pada Selasa minggu lalu. Beliau turut mendakwa pusat ternakan itu memiliki tahap kawalan…










