11street mulakan ‘kegilaan’ kempen 11:11 - Utusan Malaysia

11street mulakan ‘kegilaan’ kempen 11:11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Platform e-dagang terkemuka negara, 11street memulakan ‘kegilaan’ dengan memperkenalkan pelbagai tawaran menarik dan promosi bermula 29 Oktober lalu hingga 27 November ini bersempena kempen beli-belah seluruh dunia, 11:11.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Cheong Chia Chou berkata, tawaran tersebut bagi memenuhi kehendak 15.2 juta pelanggan dalam talian di Malaysia dengan pelbagai produk dan perkhidmatan pada harga yang mengejutkan.

“Pelbagai jenis produk ditawarkan sepanjang tempoh kempen tersebut seperti barangan teknologi, kecantikan, keluarga serta kelengakapan gaya hidup harian.

“Pada 11 hingga 14 November pula adalah tempoh kemuncak bagi jualan Madness Heaven. Pada saat itu, 11street akan membuat kejutan dengan diskaun produk sehingga 90 peratus, jualan kilat serta pelbagai tawaran menarik dengan harga RM11,” katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

Kempen 11:11 anjuran 11street merupakan kempen jualan dan beli-belah yang akan berlangsung selama sebulan dengan pelbagai tawaran promosi menarik.

Pelbagai rangkaian produk daripada jenama terkemuka seperti Dettol, Fujifilm, Gintell, Oppo, Nestle, Nivea dan pelbagai lagi turut mengambil bahagian.

Tambah Chia Chou, ‘kegilaan’ tersebut tidak akan terhenti apabila 11street akan melanjutkan tempoh jualan The Madness Continues bagi produk-produk terpilih sebagai penghargaan kepada pelanggan.

“Pelanggan yang berbelanja di platform 11street sepanjang tempoh promosi ini juga berpeluang menikmati sajian makan malam bersama kelompok Instafamous tempatan,” ujarnya.

Orang ramai berpeluang menikmati kempen tersebut dengan melayari laman http://promotion.11street.my/madness-campaign serta melalui aplikasi 11street.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN