102 undi Pemilihan PKR Perak di Ipoh Barat hilang - Utusan Malaysia

102 undi Pemilihan PKR Perak di Ipoh Barat hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Sebanyak 102 undi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat didapati hilang daripada sistem pengundian bagi pemilihan cabang parti tersebut hari ini. 

Ketua Pengawas Tempat Mengundi Cabang Ipoh Barat, Mohd. Hatta Marzuki berkata, data merekodkan sebanyak 470 ahli parti yang mendaftar dan mencetak kod namun terdapat 12 undi ragu daripada jumlah tersebut. 

“Daripada jumlah 458 undi berkenaan, hanya 356 undi yang dihantar ke sistem manakala 102 undi lagi tidak dikembalikan.

“Terdapat dua kemungkinan iaitu masalah teknikal dengan kebarangkalian undi tersebut masih ada di dalam tab namun tidak dapat dihantar oleh server ke pusat atau pengundi yang hadir dan mencetak kod tetapi tidak menghantar undian ke sistem,” katanya ketika ditemui pemberita di sini sebentar tadi. 

Tambah Mohd. Hatta, pasukan teknikal sedang berusaha mengesan 102 undi yang hilang itu dan keputusan bagi cabang tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jelasnya, setakat pukul 8 malam tadi, keputusan tidak rasmi bagi jawatan Timbalan Presiden PKR menunjukkan Rafizi Ramli mendahului dengan 178 undi meninggalkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan 149 undi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN