1,000 pelanggan serbu kedai sukan buat jualan murah - Utusan Malaysia

1,000 pelanggan serbu kedai sukan buat jualan murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Lebih 1,000 pelanggan menyerbu kedai pakaian sukan PUC Sport  sempena jualan cuci gudang yang menawarkan barangan serendah RM10 di Jalan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Pemilik PUC Sport, Mohd. Shukry Pauzi, 36, berkata, lelongan barangan sukan tersebut bermula hari ini sehingga Ahad depan dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

“Kami tidak menyangka kedai ini akan diserbu pelanggan sejak pukul 11 lagi apabila menawarkan harga jualan serendah RM10 bagi pakaian sukan berkualiti. Malah ada barangan yang turut ditawarkan dengan diskaun 50 peratus.

“Setakat pukul 3 petang kira-kira 1,000 pelanggan menyerbu untuk membeli barangan sukan antaranya jersi set, jersi kanak-kanak, beg galas, but bola, beg kembara serta barangan sukan pasukan The Reds Warriors dan banyak lagi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd. Shukry berkata, ini merupakan lelongan pertama kali dan harga paling murah sepanjang PUC Sport beroperasi.

Tambahnya, peminat-peminat pakaian sukan boleh mendapatkan koleksi barangan PUC Sport yang berkualiti dan murah sehingga Ahad ini.

Sementara itu, seorang pelanggan Zainal Aznan Alias, 42, berkata, dia sudah berada di kedai tersebut sejak pukul 11.30 pagi lagi apabila mengetahui mengenai promosi tersebut.

“Saya sempat memilih tiga helai seluar sukan manakala rakan saya dua helai dengan setiap sehelai RM15 sahaja berbanding harga asal RM70.

“Disebabkan ramai orang menyerbu kedai ini kami terpaksa beratur panjang untuk membayar. Tidak sangka kami hanya selesai membayar dua jam selepas itu,” ujarnya berseloroh. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN