SICHUAN, CHINA 25 Okt. – Sepuluh pendaki negara dari Kelab Jelajah Alpine Malaysia (KJA-M) berjaya menawan puncak Da Feng di Gunung Siguniang di sini pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, semalam. Pendakian ke puncak setinggi 5,038 meter dari aras laut itu merupakan misi Climb For Peace iaitu salah satu usaha KJA-M dalam menyampaikan mesej-mesej keamanan dunia melalui pendakian gunung. Presiden KJA-M, Muhammad Illham Ishak berkata, walaupun terdapat beberapa pendaki yang…










