10 jaguh Muay Thai termasuk bekas juara dunia berentap malam esok - Utusan Malaysia

10 jaguh Muay Thai termasuk bekas juara dunia berentap malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Seramai 10 jaguh Muay Thai dari dalam dan luar negara bakal berentap pada kejohanan Cabaran Muay Antarabangsa DSPEX Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak di sini esok.

Kejohanan anjuran Kelab Muay Thai Kubang Jela dengan kerjasama Persatuan Muay Thai Terengganu itu turut mengatur pertarungan hebat antara bekas juara dunia, Saenchai atau nama sebenarnya Suphachai Saenpong, 38, dengan jaguh Korea Selatan, Kim Dong Hwan, 27, yang dijangka dapat menarik kehadiran kira-kira 4,000 peminat sukan tersebut.   

Pengerusi Jawatan Kuasa Penganjur, Mohd. Azmi Deraman berkata, para peminat juga akan menyaksikan perlawanan antara jaguh Muay Thai dari Wales, Luke Bar dan Petsangnuan Sanguanchai dari Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertarungan antara Saenchai dan Dong Hwan merupakan tumpuan utama pada kejohanan tersebut dan pihak kami percaya ini lah yang amat dinantikan-nantikan oleh para peminat sukan Muay Thai di Terengganu.

“Seramai enam jaguh Muay Thai tempatan juga akan berentap pada kejohanan ini bagi merebut Piala Menteri Besar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

v
Jaguh peninju Muay Thai, Saenchai (empat dari kanan) dan Jaguh peninju Muay Thai Korea Selatan, Kim Dongwan (empat dari kiri) bergambar bersama jawatankuasa pengajur Cabaran Muay Antarabangsa DSPEX Terengganu pada sidang akhbar di Stadium Tertutup Gong Badak hari ini.

Enam peninju Muay Thai tempatan yang terdiri daripada Mohd. Azri Nazman (Terengganu), Muhammad Qhalid Saripan (Kedah), Kabilan Jelevan Thiagarajan (Sarawak) dan Muhammad Fahmi Badruzaman (Kelab Muay Thai Polis Diraja Malaysia) bakal berentap dalam kategori Super Four manakala Che Mohd. Maliki Che Mohd. (Terengganu) akan bertemu Nigel Choong (Kuala Lumpur).

Menurut Mohd. Azmi, kejohanan tersebut merupakan pertandingan terbesar Muay Thai yang julung kali diadakan di negeri Terengganu.

“Pihak penganjur menyediakan sebanyak 4,000 tiket dengan harga RM70 dan setakat hari ini sebanyak 3,600 keping sudah pun terjual,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini