10 cedera jeti Pulau Anak Tikus di Langkawi runtuh - Utusan Malaysia

10 cedera jeti Pulau Anak Tikus di Langkawi runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 29 Okt. – Sepuluh cedera termasuk salah seorang daripadanya parah dalam kejadian jeti runtuh di Pulau Anak Tikus dekat Langkawi hari ini.

Difahamkan kejadian melibatkan 40 mangsa yang kebanyakannya merupakan pensyarah dan penuntut Universiti Malaysia Kelantan.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.53 petang tadi.

“Sebuah jeti konkrit di pulau tersebut runtuh dan mengikut laporan awal, seramai 40 mangsa terlibat yang mana 10 daripada mereka cedera.

“Seorang dilaporkan parah pada pinggang manakala sembilan lagi cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa yang cedera dihantar ke Jeti Kilim sejauh kira-kira lima batu nautika sebelum dikejarkan ke Hospital Langkawi untuk mendapatkan rawatan.

Tambahnya, pihaknya bagaimanapun masih mengenalpasti jumlah sebenar mangsa yang terlibat.

Pulau Anak Tikus yang juga dikenali sebagai Pulau Fosil merupakan sebahagian daripada Kilim Geopark. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN