Zuraida yakin Azmin jadi pilihan - Utusan Malaysia

Zuraida yakin Azmin jadi pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 24 Sept. – Calon Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan dakwaan kononnya ada pemimpin tertentu menjanjikan projek kerajaan ketika kempen pemilihan parti sepertimana didedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanyalah spekulasi.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, selaku Presiden, Anwar berhak memberikan nasihat serta peringatan kepada semua pihak bertanding bagi mengelakkan perkara sedemikian daripada menjadi ‘kudis’ kepada parti.

“Itu spekulasi (dakwaan men­janjikan projek), tapi sebagai ketua, Anwar mesti memberikan nasihat serta peringatan. Pada saya itu tiada masalah, kalau betul ada bukti, tindakan mesti diambil,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menjadi panel dalam program Bicara Minda bertajuk Rumah: Apa Jaminan Untuk Rakyat? anjuran Kumpulan Media Karangkraf.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai pemilihan PKR, Zuraida berkata, keputusan awal di Pulau Pinang dan Kedah yang memihak kepada Datuk Seri Moha­med Azmin Ali dilihat akan menjadi corak buat negeri-negeri lain dalam mengekalkannya sebagai Timbalan Presiden.

“Pemilihan parti dibuka kepada semua anggota parti, ahli bebas untuk membuat pilihan, (Permatang Pauh) pengaruh Nurul Izzah Anwar di situ dan dia bertanding di bawah kem Rafizi Ramli, jadi pengaruh berpihak kepada Rafizi,” ujarnya.

“Pencapaian Azmin (di Pulau Pinang dan Kedah) membanggakan, saya rasa keputusan awal ini akan menjadi corak kepada keputusan akhir nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN