MELAKA 2 Sept – Zoo Melaka dan Safari Malam (Zoo Melaka) memandang serius teguran kerajaan negeri dan komited untuk memulihkan semula imej pusat tumpuan pelancong tersebut demi menarik lebih ramai pengunjung pada masa akan datang. Pengarahnya, Mohd. Nawayai Yasak berkata, ia ekoran pandangan negatif masyarakat yang mengecam pihak pengurusan zoo kerana dianggap gagal menjaga keadaan haiwan dengan baik selain teguran daripada pihak kerajaan negeri sendiri. Menurutnya, pihak Zoo Melaka bagaimanapun…










