KUALA LUMPUR 27 Sept. – Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang merupakan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bersedia untuk melaksanakan transformasi terhadap pengurus dana terbesar Malaysia itu. Bercakap dalam sidang akhbar pertamanya sebagai Pengerusi PNB, Zeti berkata, transformasi tersebut akan melibatkan organisasi itu sendiri dan mempelbagaikan pelaburan dana. Katanya, PNB perlu meningkatkan keupayaan dalam pengurusan risiko dan menyusun strategi persediaan masa hadapan susulan…










