JIKA dulu pantang disentuh, pasti melenting. Kalau tersilap sikit, mudah saja dia marah. Belum masuk bab bercakap. Memang boleh ‘tersayat’ hati banyak orang keliling dengan bisa kata-katanya. Kriteria ini ada dalam diri pelakon Sharnaaz Ahmad satu masa dulu. Hinggakan pernah juga mencetuskan permusuhan dengan segelintir artis dan peminat gara-gara kelantangannya itu. “Saya selalu cakap besar. Asal ‘sedap’ mulut kita saja, saya akan lontarkan pandangan saya. Tak kiralah orang nak setuju…










