Zaibo terima sumbangan YKAT - Utusan Malaysia

Zaibo terima sumbangan YKAT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH 6 Sept. – Pelawak Zaibo yang sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh hari ini menerima kunjungan Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT).

DJ Dave (dua dari kanan) mengunjungi Zaibo bagi membuat sumbangan YKAT.

Zaibo disahkan mengidap kanser esofagus) dan dimasukkan ke hospital berkenaan pada 3 September lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semoga dengan kehadiran rakan-rakan dari YKAT ini sedikit sebanyak memberikan semangat kepada Zaibo untuk terus melawan penyakit yang sedang dihidapinya,” jelas Presiden YKAT, Datuk DJ Dave.

Yayasan berkenaan yang sebelum ini telah banyak memainkan peranan dalam membantu artis dalam kesusahan dan sakit, turut menyampaikan sumbangan kepada pelawak yang terkenal melalui sitcom Spanar Jaya dan Pak Selamat itu.

“Dan semoga dengan sedikit bantuan yang dibuat oleh Ykat dapat membantu beliau dan keluarga,” jelas DJ Dave lagi.

Turut hadir menziarah dalam sesi kunjungan ini adalah dua Ahli Pemegang Amanah YKAT, Datuk A. Rahman Hassan dan Colin Lionel Edmonds. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini