SUNGAI BULOH 5 Sept. – Selama tiga hari tiga malam seniman Zainal Ariffin Abd. Hamid tidak henti menangis mengenangkan nasibnya sebaik dimaklumkan oleh doktor yang beliau menghidap kanser. Ketika itu, Zainal Ariffin atau lebih dikenali sebagai Zaibo, 62, tidak mampu berfikir rasional kerana kata-kata yang keluar dari mulut doktor itu benar-benar menakutkannya. “Sebaik saja doktor cakap kanser saya sudah berada di tahap empat saya merasakan dunia gelap serta-merta,” kata Zaibo…










