KUALA LUMPUR 6 Sept. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan akan menghadiri Muktamar Pas Pusat yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 16 September ini di Terengganu. Ahmad Zahid berkata, beliau telah menerima jemputan tersebut menerusi barisan kepimpinan Pas. Menurutnya, sayap UMNO termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri juga dijangka hadir dalam majlis tersebut bagi memberikan sokongan moral kepada Pas. “Saya sendiri dapat ‘endorsement’ (sokongan) daripada kepimpinan tertinggi…










