'Wow! Kita The Greatest' lagu tema Sukma Perak - Utusan Malaysia

‘Wow! Kita The Greatest’ lagu tema Sukma Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 11 Sept. – Lagu ‘Wow! Kita The Greatest’ hasil gubahan komposer terkenal negara, Datuk Wah Idris menjadi lagu tema bagi Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018.

Lagu yang liriknya ditulis oleh ikon negara itu bersama Reyza Hamizan turut dinyanyikan beliau bersama pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 2014, Ewal dan penyanyi rap, Shazzwan.

Menurut Wah, sebagai anak jati negeri ini, beliau sangat berbesar hati dan teruja kerana diberi peluang dan tanggungjawab untuk mencipta lagu rasmi Sukma Perak.

Katanya, lagu yang mempunyai rentak rancak dan lirik yang mudah dihayati itu dicipta khusus untuk meraikan dan menyuntik semangat atlet-atlet yang terlibat.

“Syukur lagu saya dipilih sebagai lagu tema Sukma Perak. Terima kasih kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan lagu tema.

“Lagu ini mempunyai nilainya yang tersendiri dari segi pendengaran kerana ia rancak, menghiburkan, melodi yang mudah dan senang dinyanyikan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN