MENJADI pemimpin, banyak tanggungjawab yang perlu dipikul di bahu seseorang individu. Justeru, tidak semua orang mempunyai kekuatan dan bakat dalam bidang politik. Bagaimanapun tanggungjawab itu yang diidam-idamkan personaliti Gadis Panca 2018 minggu ini, Nurul Nazwa Osman atau Wawa. Anak kelahiran Ipoh, Perak ini bercita-cita besar, mahu untuk menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa depan. Sebagai permulaan, Wawa akan bertanding jawatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universitinya tidak lama lagi.…










