KUALA TERENGGANU – Penduduk Terengganu diminta berwaspada dengan perubahan cuaca yang berlaku di negeri itu berikutan pertembungan angin barat daya dan angin tenggara yang boleh membawa kepada kejadian ribut. Mengikut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca baik pada waktu pagi disusuli dengan ribut petir pada lewat petang yang berlaku sekarang dijangka akan berterusan sekurang-kurangnya seminggu lagi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata, ribut yang melanda empat daerah di Terengganu Isnin lepas berpunca daripada pertembungan angin barat daya dan angin tenggara. Katanya, ini…










