KOTA BHARU – Wartawan sambilan akhbar Kosmo!, Samsul Bahari Mohamed, 46, yang mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan semalam, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini pagi tadi. Allahyarham yang berkhidmat sebagai wartawan sambilan sejak tahun 2006 menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4 pagi semasa menerima rawatan. Allahyarham yang mesra dengan panggilan Samjel (singkatan Samsul Jeli) dalam kalangan petugas media Kelantan meninggalkan seorang isteri, serta tujuh orang anak yang berusia antara tujuh hingga 26 tahun. Jenazah akan dibawa ke rumah ibunya di Kampung Kulim, Bukit Lakota,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya