JELI 20 Sept. – Seorang wartawan sambilan akhbar Kosmo! di daerah ini terbabit dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat tugasan di Kampung Gemang, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.08 petang itu, mangsa, Samsul Bahari Mohamed, 46, dilaporkan kritikal dan patah paha selepas motosikal jenis Yamaha 125 yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta. Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ayer Lanas selepas membuat liputan…










