SHAH ALAM 11 Sept. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan harapan agar kegiatan sukan akan terus disemarakkan lagi di semua kampus universiti sama ada di peringkat kepemimpinan, kakitangan mahupun pelajar. Pada masa yang sama, usaha hendaklah dibuat bagi melahirkan warga kampus yang sihat dan cergas serta lebih ramai atlet negara yang berstatus graduan. Dengan demikian, ia secara langsung akan menyumbang kepada pembangunan dan kegemilangan arena sukan…










