SUNGAI GOLOK, Thailand – Polis Thailand menahan seorang warga Malaysia di pekan Sungai Golok berhampiran Kelantan dipercayai menjadi ‘penjaga akaun’ bagi sindiket pemerdagangan manusia rentas sempadan. Timbalan Ketua Polis Bahagian Kesembilan, Mejar Jeneral Daoloi Muendech berkata, wanita berumur 35 tahun yang dikenali dengan panggilan ‘Kakak’ dalam kalangan penduduk Rantau Panjang, Kelantan itu ditahan polis tempatan beberapa hari lepas ketika menyeberangi ke pekan Sungai Golok tanpa sebarang dokumen. “Hasil siasatan menunjukkan…











