PONTIAN 10 Sept. – “Saya bersyukur dan berterima kasih kerana dia sudi menjadi isteri dan teman menggantikan tempat isteri saya yang meninggal dunia tiga tahun lalu.” Demikian luahan Saien Salikun, 78, yang menikahi Maimon@Induk Mondok, 49, di Kampung Parit Abd. Rahman, Api-Api, dekat sini semalam. Menurut Saien, allahyarham isterinya, Sailus Surep meninggal dunia pada usia 65 tahun dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sembilan orang anak serta 40 cucu dan…










