KUALA KANGSAR 7 Sept. – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera setelah kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 232.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kemalangan pada pukul 9.47 pagi itu berlaku setelah kereta yang dinaiki pasangan suami isteri itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Katanya, mangsa lelaki yang berusia 54 tahun mengalami kecederaan pada pergelangan tangan…










