Wang rampasan milik UMNO - Utusan Malaysia

Wang rampasan milik UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahwa kesemua wang tunai yang dirampas dalam beberapa serbuan sebelum ini adalah milik parti UMNO dan mahu ia dikembalikan.

Menerusi satu catatan di laman Facebook miliknya semalam, Najib berkata, Presiden UMNO ditugaskan untuk mengendali semua aset parti termasuk menerima sumbangan politik serta mengagih dan membuat pembayaran untuk keperluan parti pada pilihan raya.

Menurutnya, semua hak itu ada ditulis di dalam Perlembagaan UMNO dan ia adalah satu kelaziman sejak zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat lagi.

“Ada satu klip video yang tular merakamkan Tan Sri Muhyiddin Yassin me­ngaku di dalam mesyua­rat Ahli Majlis Tertinggi pada 6 September 2015 (selepas digantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri) bahawa beliau sendiri tidak mempersoal amalan dana khas Presiden ke­rana ini ialah kebiasaan sejak dulu lagi.

“Mahathir juga pernah mengaku secara terbuka bahawa telah menye­rahkan sebanyak RM1.4 bilion dalam bentuk wang tunai dan saham kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas mengambil alih jawatan Presiden parti daripada beliau,” katanya.

Pada Mei lalu, pihak polis menemui wang tunai kira-kira RM120 juta dari Pavilion Residences di sini yang dikaitkan dengan ­Najib.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN