KUALA LUMPUR 10 Sept. – Mahkamah Singapura telah mengeluarkan perintah pelupusan terhadap wang yang diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan atau anak syarikatnya, SRC International Sdn. Bhd. Firma guaman yang mewakili kerajaan Malaysia dan 1MDB, Tan Rajah & Cheah dalam satu kenyataan menjelaskan, wang yang diperoleh itu membabitkan pelbagai mata wang dengan nilai keseluruhan kira-kira S$15.3 juta (RM46 juta). “Wang tersebut dipindahkan ke sebuah akaun perolehan khas 1MDB di…










