KUALA LUMPUR 6 Sept. – Vietjet menawarkan sebanyak 2.3 juta tiket promosi sempena dengan penyertaannya dalam Ekspo Pelancongan Antarabangsa Ho Chi Minh City (ITE HCMC) yang berlangsung sehingga 8 September ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Saigon (SECC), Ho Chi Minh City, Vietnam. Menurut syarikat penerbangan itu, promosi tersebut sah untuk semua laluan domestik Vietjet serta antarabangsa dari Vietnam ke Kuala Lumpur, Tokyo, Osaka, Seoul, Busan, Daegu, Hong Kong, Kaohsiung,…









