[VIDEO]Kakitangan Kumpulan Utusan nikmati 300 pek Gardenia Fluffy Buns - Utusan Malaysia

[VIDEO]Kakitangan Kumpulan Utusan nikmati 300 pek Gardenia Fluffy Buns

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Kakitangan Kumpulan Utusan hari ini menikmati 300 pek Gardenia Fluffy Buns yang diagihkan secara percuma.

Pengagihan yang dilakukan oleh syarikat pengeluar roti terkemuka di Asia Tenggara, Gardenia berjaya mendapat maklum balas positif yang juga penggemar roti tersebut.

Pengurus Besar Pemasaran dan Perhubungan Awam Gardenia, Hazlinah Harun berkata, Gardenia Fluffy Buns telah dilancarkan sejak 15 Ogos lalu di Semenanjung Malaysia itu tampil dengan tiga citarasa terbaharu seperti Coklat Malta, Kastard Jagung dan Kacang Merah Adzuki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gardenia sentiasa berusaha untuk mengeluarkan produk-produk yang digemari pelanggan kami. Maklum balas banyak kami terima bahawa mereka ingin Gardenia mengeluarkan roti kluster enam biji ini.

“Keistimewaan roti terbaru ini adalah pada intinya. Kelazatan inti Coklat Malta yang kaya, Kastard Jagung yang lemak, serta kelazatan Kacang Merah Adzuki diadun mesra khusus untuk mereka yang menggemari rasa tradisional,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya dalam kenyataan itu, Gardenia Fluffy Buns amat sesuai dan menyenangkan ibu bapa untuk bekalan kepada anak-anak ke sekolah atau dikongsi bersama rakan di tempat kerja.

“Dengan pengeluaran roti terbaharu ini, kami yakin ianya akan menjadi satu lagi produk kegemaran seisi keluarga,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini