PORT DICKSON 29 Sept.- Tujuh calon layak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini. Pegawai Pengurus PRK Port Dickson, Khairy Maamor berkata, selepas pusat penamaan calon ditutup pihaknya telah menerima lapan borang pencalonan namun satu pencalonan ditolak. Mereka yang layak bertanding ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; calon Pas, Mohd. Nazari Mokhtar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa…










