[VIDEO] Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi berwajah baharu - Utusan Malaysia

[VIDEO] Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi berwajah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 10 Sept. – Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kini berwajah baharu setelah siap dinaik taraf awal bulan ini dengan kos kira-kira RM65 juta.

Pengurus Lapangan Terbang Langkawi, Jefry Ramli berkata, projek yang mengambil masa 10 bulan itu dibuat bagi memberi keselesaan kepada pelancong yang bercuti di pulau tersebut.

“Lapangan ini dibuka pada tahun 1986, namun hanya dinaik taraf pada tahun 1991, 1995 serta November lalu dan siap awal bulan ini.

“Sebelum ini, lapangan terbang ini hanya mampu menampung kira-kira 1.5 juta orang dalam satu masa namun kapasiti penumpang pada 2017 mencapai sehingga 2.7 juta,” katanya ketika ditemui dalam program Kembara Media Langkawi di sini, hari ini.

Terdahulu, seramai 21 pengamal media dan kakitangan Jabatan Penerangan dibawa melawat ruangan baharu di lapangan terbang tersebut.

Kembara Media Langkawi merupakan program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan dan mendapat tajaan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).

Tambah Jefry, selepas dinaik taraf lapangan terbang itu boleh menampung kira-kira empat juta penumpang dalam satu masa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN