[VIDEO] Taman Buaya jadi tarikan di Langkawi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Taman Buaya jadi tarikan di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 9 Sept. – Jika anda berkunjung ke pusat peranginan terkemuka ini, jangan lepaskan peluang singgah di Taman Buaya untuk menyaksikan pelbagai aksi haiwan reptilia dua alam.

Ini kerana, Taman Buaya yang menempatkan kira-kira 4,000 ekor buaya itu turut menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung, antaranya mereka berpeluang menyaksikan pertunjukan buaya, melihat kehidupan buaya dan lebih menarik berpeluang memberikan makanan kepada haiwan tersebut.

Pengurus Operasi Taman Buaya Langkawi, Hasnul Yakin Mohammed berkata, terdapat empat spesies buaya di taman tersebut iaitu buaya Siamensis dari Thailand, buaya Novaeguineae dari Indonesia serta buaya Tembaga dan Jejulung masing-masing dari Malaysia.

“Taman ini dibuka kira-kira 25 tahun lalu dan menerima hampir 15,000 pengunjung setiap tahun.

“Kira-kira 85 peratus pengunjung merupakan pelancong asing dan bakinya adalah orang tempatan,” katanya ketika ditemui dalam program Kembara Media Langkawi 2018, di sini hari ini.

Program anjuran Jabatan Penerangan itu ditaja oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan diadakan bagi memberi pendedahan kepada pengamal media mengenai lokasi-lokasi menarik di sekitar Langkawi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN