KUALA LUMPUR 2 Sept. – Sebuah video memaparkan simulasi demonstrasi ahli UMNO di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) di Janda Baik, Pahang tular selepas dimuatnaik dalam media sosial. Rakaman video itu merupakan satu sesi latihan simulasi dianjurkan oleh UMNO kepada ahli-ahlinya di pusat latihan milik parti itu. Bagaimanapun, seorang peserta dipercayai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa terlepas tapisan keselamatan bertindak merakam sesi simulasi itu sebelum dimuatnaik oleh pentadbir…










