PUTRAJAYA 25 Sept. – Semakan kehakiman Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai ‘sesat dan menyeleweng’, akan didengar meritnya di Mahkamah Tinggi. Video oleh ZAKI AMIRUDDIN Selain SIS, semakan kehakiman itu turut difailkan oleh pengasasnya, Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini selepas membatalkan rayuan…










