[VIDEO] 'Saya bukan pelarian' - Musa Aman - Utusan Malaysia

[VIDEO] ‘Saya bukan pelarian’ – Musa Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 5 Sept. – Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman menegaskan dirinya bukan pelarian, malah tidak pernah langsung berniat untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa negara ini.

Beliau berkata, pemergiannya ke luar negara selama ini adalah atas rawatan kesihatan dan telah disahkan dalam laporan yang dikeluarkan oleh doktor yang merawatnya.

Katanya, sejak pulang ke ke negara ini pada 21 Ogos, beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan bersedia melakukannya lagi bila diperlukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa di Kuala Lumpur dan akan tetap memberikan kerjasama tersebut selagi diperlukan.

“Perlu saya tekankan di sini bahawa saya bukanlah seorang pelarian, dan tidak sesekali pernah terniat di dalam hati untuk lari daripada pihak berkuasa Malaysia sebagaimana yang pernah digembar-gemburkan di dalam sosial media selama ini,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah petang ini.

Terdahulu, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini