ALOR SETAR 12 Sept. – Hanya dalam tempoh 15 minit sahaja, dua lelaki bersenjatakan parang berjaya melarikan wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit yang dianggar berjumlah RM14,500 di dua lokasi berbeza di Sungai Petani semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Sazalee Adam berkata, dua suspek tersebut terlebih dahulu melakukan samun bersenjata terhadap seorang wanita berusia 37 tahun yang merupakan pelanggan di sebuah kedai dobi layan diri di…










