PUTRAJAYA 20 Sept. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.132 Port Dickson akan diadakan pada tarikh 13 Oktober dengan tempoh kempen selama dua minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Othman Mahmood berkata, hari penamaan calon bagi PRK berkenaan ditetapkan pada 29 September dan hari mengundi awal pada 9 Oktober ini. Beliau memberitahu, daftar pemilih yang akan digunakan adalah sehingga Suku Kedua Tahun 2018 yang mengandungi 75,770 pemilih berdaftar merangkumi 64,486 pemilih biasa, 7,268 pemilih awal dan 16 pemilih tidak hadir luar negara. “Seramai 1,403 petugas dilantik untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya