PULAU PINANG 2 Sept. – Satu sindiket dadah terbesar dalam sejarah negara berjaya ditumpaskan polis menerusi rampasan kira-kira 1,066 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM54 juta. Rampasan dilakukan menerusi dua serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di Jelutong dan Bayan Baru di sini kelmarin dan membongkar satu setor penyimpanan dadah. Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, turut ditahan dalam serbuan itu seorang lelaki rakyat…