KUCHING 23 Sept. – Misteri kehilangan seorang pemuda selama enam hari semasa mendaki Gunung Singai, Bau di sini sejak Isnin lalu terjawab apabila dia dipercayai disembunyikan oleh bunian. Video oleh IHSAN BOMBA Mangsa, Stanley Kho, 22, memberitahu, dia bertemu seorang ‘gadis cantik’ ketika sedang mendaki gunung berkenaan. Menurutnya, ‘gadis’ berkenaan telah menghulurkan sekuntum bunga dan membawanya pergi ke satu tempat yang tidak diketahui. “Saya mengikutinya berjalan dan saya seperti berada…










