BENTONG 12 Sept. – Bermula dengan hanya benjolan kecil di bahagian kepala, seorang remaja, Muhamad Hafizudin Abdul Halim, 15, kini terlantar selepas disahkan mengalami tumor saraf. Akibat menghidap penyakit jarang jumpa tersebut, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Bilut di sini itu terpaksa menahan kesakitan setiap hari. Ibunya, Rosmah Napis,47, berkata, anak bongsunya itu mula berasa sakit diserang tumor berkenaan pada Mei lalu iaitu sebulan selepas kematian suaminya. “Sebelum ini,…










