KUANTAN 28 Sept. -Seorang pekebun sayur warga Bangladesh di Cameron Highlands dekat sinibmengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan memberi rasuah berjumlah RM5,000 kepada Timbalan Komander Operasi Op Gading, Sanifah Yusof tiga tahun lalu. Rayhan Shahid, 45, dari Bogra itu didakwa secara rasuah memberi suapan sebanyak RM3,000 bagi pertuduhan pertama di Coffee House, Hotel Heritage, Jalan Gereja, Tanah Rata, Cameron Highlands pada 13 Mei…









