KUALA LUMPUR 20 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, disoal siasat kira-kira empat jam di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini hari ini. Difahamkan, kehadiran Ahli Parlimen Pekan itu dibuat bagi membantu siasatan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau. Najib dilihat beredar kira-kira pukul 1.35 petang tadi selepas hadir ke pejabat itu pukul 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya