KUALA LUMPUR 20 Sept. – Mahkamah Sesyen di sini membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diikat jamin RM3.5 juta dengan dua penjamin setelah mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan pengubahan wang haram dan empat pertuduhan rasuah melibatkan wang RM2.3 bilion wang dana 1Malaysian Development Bhd. (1MDB). Mohammed Nizar Mohd. Najib yang merupakan anak kepada bekas perdana menteri itu dan seorang individu bernama Mohd. Shahrir Arifin akan menjadi penjamin kepada Ahli Parlimen Pekan. Mahkamah juga membenarkan jaminan berkenaan dibayar secara ansuran dan diselesaikan pada atau sebelum 28 September…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya