PUTRAJAYA 2 Sept. – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang direman berhubung kes salah guna wang peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan wanita itu dibebaskan dan mengarahkan pasportnya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hasanah, 61, sebelum ini direman enam hari sejak 29 Ogos lalu mengikut Seksyen 117…










