[VIDEO] Dua mangsa jambatan runtuh dikenal pasti - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dua mangsa jambatan runtuh dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 11 Sept. – Dua individu yang maut setelah tertimbus dalam runtuhan jambatan di Taman Serdang, Bandar Baharu dikenal pasti sebagai Muhammad Haikal Hakimi Mohd. Noor dan Mohamad Haziq Ishak, masing-masing berusia 17 tahun.

Jenazah kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Leret, Bandar Baharu itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu dipercayai berlaku ketika kedua-dua mereka yang menaiki sebuah motosikal melalui jambatan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Barudin Wariso berkata, jambatan itu dikatakan runtuh secara tiba-tiba ketika mereka melaluinya dengan keadaan cuaca dilaporkan baik pada masa itu tanpa hujan.

“Mayat pertama berjaya dibawa keluar dari runtuhan pada pukul 12.15 pagi manakala mayat kedua kira-kira lima minit kemudian,” katanya di sin.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN