PASIR PUTEH 21 Sept. – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan terus memantau keadaan keselamatan di Pantai Tok Bali dekat sini yang amat berbahaya untuk mandi manda. Pegawai APM daerah, Kapten Nik Mohd. Noor Nik Mat berkata, pantai tersebut telah meragut sebanyak 10 nyawa sejak setahun lalu kerana keadaan pantainya yang curam serta ombaknya yang sentiasa berubah. “Pemantauan pasukan penyelamat pantai akan beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum bukan…










