[VIDEO] 300 sertai gotong-royong bersihkan kampung - Utusan Malaysia

[VIDEO] 300 sertai gotong-royong bersihkan kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 15 Sept. – Lebih 300 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas mengambil kesempatan sempena Hari Pembersihan Sedunia untuk mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran kampung-kampung di situ dan kediaman masing-masing.

Kesemua yang terlibat turut bersama-sma bagi membersihkan tebing sepanjang Sungai Petagas yang selama ini tercemar akibat sampah sarap yang dibuang oleh penduduk yang tidak bertanggungjawab.

Gotong-royong berkenaan turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Uda Sulai bagi memberi kesedaran kepada penduduk di sepuluh buah kampung di DUN itu agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Video oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

“Tujuan program ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada penduduk di sini supaya jangan buang sampah merata-rata, tengok apa sudah jadi Sungai Petagas akibat banyak sampah.

“Saya mahu Sungai Petagas ini dibersihkan dan bila sudah bersih nanti kerajaan mempunyai perancangan untuk tanam pokok disekelilingnya agar menjadi lebih cantik,” katanya ketika ditemui pemberita semasa program itu.

Hari Pembersihan Sedunia yang disambut serentak di 150 negara itu turut disertai kakitangan kerajaan, Majlis Daerah Putatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Persatuan Mesra Alam Sekitar Sabah (Mesra Alam).

UDA Sulai bersama-sama penduduk kampung mengutip sampah sarap di tebing Sungai Petagas.
UDA Sulai bersama-sama penduduk kampung mengutip sampah sarap di tebing Sungai Petagas. – UTUSAN ONLINE

Sementara itu, Timbalan Presiden Mesra Alam, Ainie Jamin berkata, penglibatan NGO itu bukan sekadar untuk membersihkan kawasan kampung tetapi turut mendidik penduduk tentang pengurusan sampah.

Katanya, penduduk turut didedahkan kepada sampah-sampah yang boleh dikitar semula, malah boleh dijual untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

“Paling penting kami mahu mereka tahu macam mana menguruskan sisa-sisa ini dan asingkan ikut jenis supaya lebih senang untuk dilupuskan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini