KOTA KINABALU 15 Sept. – Lebih 300 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas mengambil kesempatan sempena Hari Pembersihan Sedunia untuk mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran kampung-kampung di situ dan kediaman masing-masing. Kesemua yang terlibat turut bersama-sma bagi membersihkan tebing sepanjang Sungai Petagas yang selama ini tercemar akibat sampah sarap yang dibuang oleh penduduk yang tidak bertanggungjawab. Gotong-royong berkenaan turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Uda Sulai bagi memberi kesedaran kepada penduduk di sepuluh buah kampung di DUN itu agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran mereka. Video oleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya