KUALA SELANGOR 6 Sept. – Kira-kira 200 kanak-kanak tujuh buah tadika swasta sekitar daerah ini mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan di Forest Park, Taman Hill Park dekat Bandar Puncak Alam di sini, baru-baru ini. Sambutan anjuran Persatuan Pendidik Tadika Swasta Kuala Selangor (PPTSKuSel) itu dimulakan dengan bacaan doa, ikrar dan lagu kebangsaan Negara Ku. Kanak-kanak yang mengambil bahagian berumur tiga hingga enam tahun itu memakai pakaian dengan tema Jalur…










