Verstappen selar tindakan pegawai perlumbaan - Utusan Malaysia

Verstappen selar tindakan pegawai perlumbaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONZA – Pemandu Formula Satu (F1) pasukan Red Bull, Max Verstappen menyelar tindakan pegawai perlumbaan yang mengenakan pe­nalti lima saat terhadapnya pada Grand Prix (GP) Itali di Litar Monza kelmarin.

Verstappen dikenakan hukuman tersebut selepas didapati bersalah menjadi punca terhadap perlanggaran yang berlaku antaranya dengan pemandu Mercedes, Valtteri Bottas pa­da pusingan ke-43 perlumbaan.

Pemandu Belanda itu dilihat cuba menghimpit Bottas di selekoh pertama sehingga menyebabkan pemandu Mercedes berkenaan terkeluar da­ri trek tetapi berjaya meneruskan perlumbaan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas dimaklumkan dia dikenakan penalti terhadap tindakannya itu, Verstappen menganggap keputusan tersebut tidak adil selain ‘membunuh’ kemeriahan perlumbaan.

“Kami berada dalam posisi yang tidak sepatutnya tetapi saya fikir sudah memberikan ruang kepadanya. Kemudian, tayar jentera kami bergeser menyebabkan dia gagal memasuki selekoh.

“Saya tidak setuju dengan tindakan yang dikenakan kerana dia cuba memintas tetapi saya masih kekal berada di garisan perlumbaan. Hukuman tersebut amat mengecewakan kerana saya berpeluang menaiki podium,” kata Verstappen.

Menerusi hukuman penal­ti tersebut, Verstappen ter­lepas peluang menaiki podium apabila tempat ketiga dianuge­rahkan kepada Bot­tas yang sebelum itu menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini