JOHOR BAHRU – Cadangan agar jawatan Perdana Menteri tidak semestinya diisi oleh Presiden parti adalah antara tiga usul yang akan dibawa UMNO Johor ke perhimpunan agung parti pada Sabtu ini.
Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, cadangan lain ialah pemimpin UMNO tidak semestinya menjadi calon pilihan raya dan wakil rakyat.
“Ini sebagai usaha membendung monopoli dalam parti dan bagi meraih (kembali) keyakinan masyarakat.
“Macam saya katakan baru-baru ini (tentang) ‘bolot dalam parti’, supaya kita akan lebih menumpukan kepada penerimaan masyarakat kepada wakil rakyat yang hendak diketengahkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Wanita UMNO Negeri di Bilik Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO di sini semalam.










